3B Book Walk

Book Walk 3B adalah antara aktiviti Karnival Jom Ke Perpustakaan Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh Perpustakaan Kuala Lumpur dengan kerjasama Bernama dan Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi MARA dalam usaha mengumpul buku dan dana bagi Kempen 3B.
Kempen 3B iaitu Baca Bersama Bernama merupakan kempen untuk menggalakkan minat membaca dan inisiatif tanggungjawab sosial korporat Bernama dengan kerjasama organisasi kerajaan, swasta dan NGO terlibat. Fokus utama Kempen 3B adalah menyumbang bahan bacaan untuk kegunaan golongan sasaran iaitu golongan asnaf, orang asli dan anak-anak pelarian.
 
SYARAT

Peserta perlu membawa buku untuk disumbangkan dan borang penyertaan.

 

ATURCARA

7.30 pagi - Pendaftaran peserta
8.10 pagi - Senamrobik
  - Taklimat ringkas
8.30 pagi - Pelepasan peserta
9.00 pagi - Persembahan
  - Penyampaian hadiah
  - Aktiviti seterusnya - Karnival Jom ke Perpustakaan Kuala Lumpur
       
         

 

 

 

 

 

Muat Turun
Poster   |  Borang Penyertaan   |  Peta Laluan